Tuesday, March 8, 2011

Jaga-jaga: Stuxnet malware ciptaan Israel


Pakar komputer ternama berasal dari Jerman, Ralph Langner, mendedahkan worm (sejenis virus komputer) Stuxnet sengaja dicipta oleh AS dan Israel untuk melumpuhkan fasiliti nuklear Iran. Stuxnet merupakan worm yang sangat kompleks dan canggih.

Seperti dilaporkan oleh ComputerWorld, sekurang-kurangnya 30 ribu komputer di negara itu telah dijangkiti oleh Stuxnet. Bahkan badan tenaga atom Iran terpaksa mengambil langkah serius untuk menghadapi malware ini. Peringkat awal penyebaran malware ini, hampir 60 peratus dari semua komputer yang dijangkiti adalah berasal dari Iran.

Langner adalah salah seorang dari pakar sekuriti SCADA berkata malware Stuxnet mampu mengambil alih kawalan terhadap peralatan industri. Stuxnet dipercayai disasarkan untuk melumpuhkan sebuah peralatan yang digunakan untuk pengayaan Uranium.

Sebelum itu, New York Times juga melaporkan bahawa keberkesana Stuxnet diuji di institut nuklear milik Israel yang terletak di gurun Negev.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template