Sunday, March 6, 2011

Interpol keluar surat penangkapan Gaddafi


Polis antarabangsa Interpol telah mengeluarkan surat penangkapan bagi Gaddafi dan 15 orang terdekatnya.

Berdasarkan surat tersebut, seluruh negara diwajibkan untuk menangkap Gaddafi dan para kroninya serta menyerahkan mereka kepada Mahkamah jenayah antarabangsa.

UK Border Agency (UKBA) telah merampas sebuah kapal menuju Tripoli dengan £ 100,000,000 wang kertas Libya.

Interpol siap sedia menangkap ahli keluarga Gaddafi termasuk tujuh dari anak-anaknya, di antara mereka Saif, dan putrinya Aisha, juga menteri pertahanan, ketu keselamatan luaran, pengarah perisikan tentera dan ketua pengawal Gaddafi.

Peringatan ini bertujuan untuk membantu memastikan kuasa polis di 188 negara anggota Interpol menguatkuasakan larangan perjalanan antarabangsa dan membekukan aset yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Andrew Mitchell mengumumkan UK telah mengambil langkah bersedia untuk membantu pelarian terperangkap di kem-kem di sempadan selepas melarikan diri dari petempuran di Libya.

3rd Batalion The Royal Rejimen Scotland, yang telah diletakkan pada siap sedia 24 jam untuk membantu dalam misi bantuan kemanusiaan dan operasi evakuasi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template