Thursday, March 24, 2011

Harussani sedia jumpa Nik Aziz

IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri.
Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.
Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.
“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian tgerhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri.
Surat itu sebagai jawapan balas kepada surat daripada Pemuda PAS negeri bertarikh 7 Mac lalu yang berhasrat mengatur pertemuan Harussani dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

2 comments:

Anonymous said...

wajar mufti Perak jumpa Dato Nik Aziz
demi mengembalikan kepercayaan orang UMNO pada Islam dan menjadi jemaah yang lebeh besar. UMNO wajar dikuburkan.

mutiara on March 24, 2011 at 10:07 AM said...

alhamdulilah islam sesama islam
bukan org lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template