Thursday, March 17, 2011

Hari ini 17 Mac sejarah umat Islam menguasai Baitul Maqdis


Baitul Maqdis berjaya dikuasai oleh tentera islam pada 17 Mac 636, menyusul kekalahan tentera Rom. Perang pertama tentera Islam berperang dengan tentera Rom ialah semasa era Khalifah Umar Bin Khatab. Perang tersebut dimenangi oleh tentera Islam. Bahagian selatan Palestine dikuasai orang Islam. Selepas itu tentera Rom sekali lagi menghantar bala tentera yang besar menyerang Palestine tetapi tentera Islam memenangi perang tersebut.

Sejak tahun 1097, kaum Kristian mula berkempen perang Salib dan berusaha merampas kembali Baitul Maqdis. Kota ini berkali-kali berpindah tangan dari kaum muslim dan kaum kristian, sehingga akhirnya tahun 1250, Salahudin Al-Ayyubi menguasai Palestine dan sejak itu terus berada di tangan kaum muslimin. Pada masa WWI, Palestine dijajah Inggris dan sejak tahun 1948 pasca WW2, kawasan ini dijajah oleh Rejim Zionis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template