Sunday, March 6, 2011

Terkini Merlimau:SPR dilihat sedang merayu undi bagi calon BN. PAS diugut diam!

Kat Merlimau memang kasar-kasar punya bahasa. Hawau, sial, semua cukup. Kurang ajar.



LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU


12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.


11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.






11:31 am :S.J.K (Cina) Jasin Lalang – Beberapa orang petugas SPR dilihat sedang merayu undi bagi calon BN di pondok SPR. Petugas PAS yang
membantah diugut diam. Beberapa orang penyokong BN juga dilihat berada di pondok SPR.



11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.





11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.
"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."
NONE10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.
10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.
10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template