Tuesday, March 8, 2011

Gaddafi sedia berundur dengan syarat bebas dari hukuman


Dewan Revolusi Libya yang berpusat di Benghazi menyatakan bahawa Muammar Gaddafi telah menghantar wakilnya ke dewan tersebut. Melalui wakilnya itu, diktator Gaddafi bersedia meletak jawatan tapi dengan bersyarat, meminta jaminan keselamatan diri dan keluarganya dari Dewan Revolusi Libya.

Al Sharg Al Awsat, edisi Senin (7/2) melaporkan, sumber-sumber yang dipercayai menyatakan bahawa Gaddafi bersedia berundur dengan syarat bebas dari hukuman undang-undang antarabangsa dan dapat keluar dari negara ini tanpa gangguan. Jika ada jaminan itu, Gaddafi akan menyerah kuasanya ke Dewan Revolusi Rakyat Libya. Akan tetapi rakyat Libya bermati-matian yang berjuang dijalanan menolak sebarang bentuk rundingan dengan diktator Gaddafi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template