Friday, March 4, 2011

Filem Iranium propaganda Zionis APCO


Filem ini berkaitan dengan propaganda aktiviti nuklear Iran. Filem ini menceritakan hari kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979. Pasca revolusi hanya ditampilkan secara singkat dan diselang seli sesi wawancara. Dalam filem yang bertempoh hanya satu jam itu melibatkan sesi wawancara mendedahkan bahawa Iran sedang rancak membangunkan persenjataan nuklear.

Shohreh Aghdashloo pelakon utama dalam filem tersebut. Pada tahun lalu pencacai ini juga membintangi filem propaganda anti Iran dan juga berlakon dalam drama aksi 24 disiarkan oleh Fox Broadcasting TV dan melabel orang Iran sebagai pengganas.

Filem Iranium juga memutar belitkan pidato dan kenyataan Imam Khomeini, pelopor Republik Islam Iran. Pidato Imam Khomeini tentang nilai syahadah dan jihad di jalan Allah Swt serta kewajiban mempertahankan negara diubah menjadi pencetus atau penyebab peperangan.

Clarion Fund adalah produser bagi filem jahanam ini. Mempunyai hubungan dengan rejim zionis. Produksi yahudi ini banyak menghasilkan filem yang anti islam antaranya Obsession: Radical Islam’s War Against the West dan The Third Jihad.

Pengarah filem jahanam ini adalah seorang rabbi yahudi yang tinggal di penempatan haram Palestine iaitu Raphael Shore.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template