Sunday, March 27, 2011

Ezam tidak berminat bertanding dalam pilihan raya

Kotak terpakai untuk dijual. Dua singgit...

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya Umum akan datang.

Katanya, beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau, sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template