Sunday, March 20, 2011

Dua tandas bernilai RM196,000 di Melaka tetap membazi



MELAKA: Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban berkata, kos  menaik taraf dua tandas awam di negeri itu yang menelan belanja RM196,000 tetap merupakan satu pembaziran kronik.
Beliau merujuk kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sapiah Haron bahawa kos dua unit tandas di Taman Botanikal  Melaka itu ‘hanya’ bernilai ‘RM196,000 dan bukan RM199,800 seperti yang dinyatakan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
“Sepatutnya ‘projek gila’ itu melalui saluran betul, dikira dan diimbang oleh badan-badan khas supaya pembaziran melampau dapat dielakkan. Pembinaan dua tandas ini yang bernilai RM196,000 ternyata mengarut. Melihat balik, ini berpunca daripada agihan berlebihan kepada kroni,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Menurut Mahani lagi, kos projek itu juga menunjukkan pembaziran melampau yang dilakukan pentadbiran Ketua Menteri, Ali Rustam selain beberapa lagi projek seperti Pelancongan Pulau Besar di Melaka yang menelan jutaan ringgit, tetapi akhirnya gagal.
Khoo Poay Tiong sebelum ini mendakwa kos pembinaan dua tandas awam itu terlalu tinggi sehingga menyamai harga sebuah banglo dua tingkat.
Beliau yang turut meninjau tandas awam tersebut mendapati sebahagian alang kayu untuk menyokong bumbung tandas tersebut, retak menunjukkan sikap sambil lewa kontraktor yang dilantik.
Namun, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) hari ini mendakwa Poay Tiong tersilap angka  dan menyatakan kos sebanyak RM196,000 bagi tujuan menaik taraf tandas berkenaan sebagai ‘munasabah’.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9336

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template