Monday, March 28, 2011

Diambang perang dunia ke-3?

Awal 2014 Pecah Perang Dunia ke-III?

Masih teringatkah anda mengenai kalender suku Maya yang menyatakan bahawa kiamat diramalkan akan terjadi pada tahun 2012. Akan tetapi ada juga para ahli spiritual yang menyatakan bahawa di tahun 2014 nanti akan muncul Perang Dunia ke-III. Ramalan tersebut diramalkan oleh paranormal yang ada di Rusia.

Sekelompok organisasi di Rusia, yang terdiri dari peramal dan paranormal. berkumpul untuk memprediksikan fenomena yang akan terjadi dalam waktu dekat dan di masa depan.

"Fenomena yang mereka anggap sebagai akhir dari krisis keuangan, ternyata belum benar-benar berakhir. Ini merupakan permulaan dari krisis yang lebih besar dan akan terjadi dalam waktu dekat," ujar ahli astrologi, Aleksei Kolov, seperti dikutip dari Pravda.ru, Minggu (27/3/2011).

Ramalan lainnya yang lebih menarik dipaparkan oleh ahli astrologi lain, Pavel Globa. Menurut Globa, semua orang percaya bahawa ini merupakan tahun yang tenang. Namun Globa tidak setuju.

"Bagaimana boleh disebut sebagai tahun yang tenang jika Jepun disibukkan dengan gempa. Akan ada perang yang berlangsung di beberapa negara tahun ini, tetapi tidak di negara-negara lain. Kecuali saat musim panas berlangsung. Musim panas kali ini cukup sulit. Akan ada sekira tiga gerhana yang hadir berturut-turut pada sekitar bulan Jun dan Julai. Tahun ini jumlah keseluruhan akan ada sekira enam gerhana. Kita pernah mengalami tahun bencana dengan fenomena yang sama pada 20 tahun lalu, ketika Soviet Union runtuh, "ujar Globa.

Globa memberi amaran bahawa gerhana merupakan petanda bencana tahun ini. Gerhana terakhir akan terjadi pada 10 Disember, saat ini akan terjadi konflik di Balkan.

Menurut Globa, perhitungan perbintangan dan fenomena alam di tahun ini hampir sama dengan 1939, tahun permulaan ketika perang dunia ke-2 akan terjadi.

Sayangnya Globa tidak mengatakan negara mana yang akan mencetuskan perang tersebut. Hanya saja ia percaya bahawa revolusi di Afrika akan mencapai Rusia. Demo rakyat akan berlangsung di sebahagian besar negara pusat Asia.

"Peristiwa tersebut terjadi kerana fenomena alam yang bernama Black Moon. Fenomena Black Moon ini telah terjadi di beberapa bencana dunia seperti perang Libya dan gempa Jepun. Saat NATO menyerang Libya, Black Moon berada pada kedudukan sejajar dengan matahari. Bahkan saat gempa Jepun, Black Moonberada sejajar dengan Uranus, "ujar Globa.

Dalam waktu dekat, para ahli nujum itu juga meramalkan akan ada revolusi di Syria dan Yaman. Pemimpin Yaman akan dapat digulingkan dalam kurun tiga tahun. Satu-satunya negara yang dianggap selamat oleh para ahli nujum itu hanya Algeria. Meski terjadi rusuhan di negara tersebut namun diprediksi tidak akan berlangsung lama.

"Saya telah mempelajari perbintangan dari masing-masing pemimpin tiap negara. Presiden Algeria merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mempunyai karisma. Tarikh lahirnya sama dengan Gorbachev, 2 Mac 1931. Dia sepertinya akan hidup damai, memiliki kapal pesiar dan vila. Tidak akan ada revolusi di Algeria, "ujar Pavel Globa.

Sedangkan untuk takdir pemimpin Libya, Khadafi, tidak banyak ahli nujum yang boleh meramal kerana tidak ada yang tahu tarikh lahirnya, apakah di 1937, 1940, atau 1942. Namun menurut Globa, jika ia lahir pada 7 Jun, kemungkinan ia akan meninggal dunia di tarikh yang sama dengan hari lahirnya kerana akan ada gerhana pada tarikh tersebut.

Paranormal yang lain, Lara vais, mengatakan bahawa Jepun belum akan pulih daripada trauma gempa dan tsunami. Gempa hebat masih akan menyambangi Jepun dan akan semakin banyak orang di bumi ini yang akan meninggal.

Andrei Dondukov, seorang cenayang dari Republik Tuva, mengatakan bahawa 2009 akan ditandai dengan era Yamaraj yang bermaksud dewa kematian.

"Setiap orang akan bertanggung jawab atas semua yang mereka lakukan selama ini. Era kematian akan ditutup pada 5 November," kata Dondukov.

Dilanjutkan Dondukov, lelaki akan mula kehilangan pamor dan kekuasaan yang selama ini selalu identik dengan gender tersebut.Saat ini eranya perempuan yang akan berkuasa.

"Selama ini kita hidup di era patriarki. Era ini akan berakhir dan kekuasaan matriarki akan kembali dimana saatnya perempuan yang berkuasa," ujar Dondukov.

1 comments:

Rina on July 2, 2013 at 2:19 PM said...

semakin hari bumi kita ini tidak akan bisa tenang sebab kita sudah ada di penghujung akhir zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template