Saturday, March 12, 2011

Anak kepada Omar Mukhtar (Lion of the Desert) pendukung revolusi Libya

Mohammed Omar al-Mukhtar (90), son of Libyan leader of the resistance movement and national hero Omar al-Mukhtar
Muhammed Omar al-Mukhtar anak kepada Omar Mukhtar

Anak kepada Omar Mukhtar, Muhammed Omar Mukhtar yang kini berusia 90 tahun masih mengingati saat bagaimana ayah beliau mati digantung oleh penjajah Itali 80 tahun yang lalu. Beliau begitu yakin bahawa penentangan terhadap diktator Gaddafi tidak akan kalah.

“Mereka harus bertahan dan menyakini bahawa Allah akan membantu mereka dan memberikan kemenangan,”

Ayahnya melancarkan perang gerila selama 20 tahun melawan kolonial Itali dan terkenal dengan gelaran Lion of the Desert.

“Seluruh dunia tahu apa yang telah dilakukan Omar Mukhtar. Dari sanalah mereka mendapatkan semangat. Tanyalah anak-anak muda itu, mereka akan mengatakan bahawa mereka adalah cucu-cucu Omar Mukhtar,” katanya.
Lion of the Desert Poster
Sentimen anti-Gadaffi awalnya digerakkan oleh mahasiswa. Setelah universitis ditutup, mereka menggunakan waktu lapang itu untuk turun melawan di jalan raya.

“Gadaffi menggunakan simbol Omar Mukhtar untuk membohongi rakyat. Kami yang benar-benar menggunakan Omar Mukhtar untuk mewakili segala yang pernah ia perjuangkan,” kata Mina, seorang pelajar di Libya.

1 comments:

leekonyou on March 12, 2011 at 10:30 PM said...

DOA PECAH PEROT N.AJIS BERTUKAR JADI pecah perot BUMI dijepon lak memae CELAKO CELAKO CELAKO..memae meyedihkan dan tsunami KEKALAHAN demi kekalahan MELANDA PAS SAMPAILAH DI PRU13 KELAK INSYALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template