Wednesday, March 16, 2011

7 tahap bencana nuklear



Fukushima 6 daripada 7 skala graviti kemalangan nuklear
2011/03/15
PARIS: Kejadian di loji nuklear Daiichi, Fukushima, Jepun kini dinilai pada enam daripada tujuh mata skala antarabangsa bagi kemalangan nuklear.


Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste, berkata kejadian Chernobyl adalah tertinggi dengan tujuh mata manakala kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania pada 1979 mendapat lima mata.

Agensi Keselamatan Nuklear Jepun menjangkakan kejadian di Fukushima kini berada pada peringkat keempat. – AFP

International Nuclear Event Scale (INES) dikeluarkan untuk menunjukkan tahap bencana nuklear. Skala INES menjelaskan pentingnya aktiviti berkaitan nuklear termasuk penggunaan sumber radiasi oleh industri dan perubatan, juga pengangkutan bahan radioaktif.

IAEA menjelaskan skala bencana nuklear dikelaskan dalam 7 tahap. Bencana pada skala 1-3 disebut insiden (incident). Skala 4-7 disebut kecelakaan (accident). Tahap yang tidak membahayakan keselamatan disebut sebagai 'penyimpangan' dalam klasifikasi skala/ tahap 0.

Rujuk skala nuklear oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom


7 – Major Accident
6 – Serious Accident
5 – Accident With Wider Consequences
4 – Accident With Local Consequences
3 – Serious Incident
2 – Incident
1 – Anomaly
0 – Deviation (No Safety Significance)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template