Monday, March 21, 2011

1,000 bantah bina kilang rare earth di Kuantan



KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mengadakan bantahan pembinaan kilang Australia iaitu Lynas Corporation berpangkalan di Gebeng kerana memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan kimia.
Bantahan itu menghimpunkan 1,000 tandatangan penduduk tempatan  yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang kerana ia dijangka menghasilkan sisa buangan kimia bersifat radioaktif.
“Kita dapat tahu yang kilang itu akan menghasilkan sejenis sisa kimia yang dikenali sebagai torium dan bersifat radioaktif.
“Hari ini, kita mengumpulkan 1,000 tandatangan membantah pembinaan kilang itu,” katanya pada sidang media ‘Rare Earth’ di Christian Praise Centre di sini, petang ini.
Fuziah, Naib Presiden KEADILAN itu yang bercadang menghantar petisyen ke Parlimen hujung bulan ini mewakili rakyat Kuantan, berkata, sisa buangan kimia  kilang itu boleh mengakibatkan kecacatan dan membawa pelbagai penyakit barah.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang meluluskan pembinaan kilang itu kerana tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.
“CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui pihaknya hanya akan menggunakan khidmat kerja seramai 450 orang sahaja.
“Sudah pasti tidak menjamin apa-apa keuntungan kerana peluang pekerjaan terhad, sebaliknya kerajaan pula membuat tawaran 12 tahun operasi tanpa membayar cukai,” katanya
Fuziah berkata, torium mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dilupuskan dan boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat seperti yang pernah berlaku di Bukit Merah, Perak 30 tahun dahulu.
“Di Perak, kejadian sama mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat sehingga hari ini kerana bahan kimia itu mengambil masa 1,500 tahun untuk lupus,” katanya.
Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kilang itu tetapi pihaknya tidak akan berdiam diri lantaran ia menjejaskan alam sekitar dan keselamatan rakyat.
Katanya, kelulusan bagi pembinaan kilang itu diluluskan  pada 2008 dan proses pembinaannya kini mencapai 70 peratus siap serta dijangka beroperasi bila-bila masa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9400

1 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu Kuantan sokong kilang Lynas kerana mereka yakin Thorium baik untuk kesihatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template