Sunday, February 27, 2011

Tuduhan pengganas: Najib bersekongkol dengan AS

keadilandaily

KUALA LUMPUR: Biro Pemahaman dan pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN menyifatkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak membayangkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, menunjukkan Perdana Menteri itu bersekongkol dengan Amerika Syarikat (AS).
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Pengerusi BIPPA, Ahmad Kasim berkata, kenyataan Najib juga membawa maksud Presiden Umno itu menyokong perbuatan AS yang selama ini melabel Islam adalah pengganas.
“Najib tidak sedar dengan kata-katanya hingga sanggup menyifatkan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu sebagai pengganas, sedangkan semua orang Islam menyanjungi Yusuf Qarasawi.
“Yusuf Qaradawi dianggap dunia Islam sebagai mujadid (pembaharuan agama) kerana fatwanya selaras dengan ajaran agama mengikut perkembangan zaman.
“Jika Najib tergamak berkata begitu, saya tidak nampak maksud selain menyatakan Presiden Umno itu sebenarnya menyokong tindakan AS yang memusuhi Islam,” katanya.
Ahmad percaya Najib, sebenarnya tidak senang dengan fatwa terbaru Yusuf sehingga sanggup membayangkan tokoh agama itu sedemikian di media asing.
“Najib tidak selesa dengan fatwa terbaru Yusuf Qaradawi yang meminta semua rakyat berhimpun di Dataran Tahrin bagi berjihad menggulingkan pemerintah zalim dan berdosa jika tidak berbuat demikian,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu yakin kenyataan Najib itu dibuat berikutan bimbang dengan senario kebangkitan rakyat di beberapa negara Timur Tengah, merebak ke Malaysia.
“Rakyat Mesir, Tunisia dan terbaru di Libya melakukan tanggungjawab mereka menolak pemerintah zalim. Apapun, Najib tidak perlu mengeluarkan kenyataan sebegitu semata-mata takut senario itu terjadi di Malaysia,” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template