Tuesday, February 22, 2011

Tentera berpaling tadah bergabung dengan rakyat melawan Gaddafi


Pasukan khas Presiden Muammar Gaddafi atau yang lebih dikenal dengan nama Brigade Muhammad al-Migraif, diberitakan telah bergabung dengan penyokong anti Gaddafi di Tripoli Libya.

Russia Today edisi bahasa Arab dalam laporan terbarunya tentera Gaddafi telah berpaling tadang dan menyokong gerakan rakyat menggulingkan pemerintah. Sebelumnya, delegasi Libya di PBB telah meletakkan jawatan mereka dan menyeru Presiden Muammar Gaddafi untuk segera berundur.

Image
Tentera kini melindungi rakyat bukan Gaddafi

Beberapa brigade dalam tentera Libya juga menulis statemen secara rasmi menyatakan bergabung dengan anti Gaddafi.

Sebelum itu, 2 juruterbang tempur Libta ingkar dengan arahan Gaddafi telah melarikan diri dengan pesawat tempur mereka ke Malta.

Situasi Libya semakin rumit. Sepandai-pandai Gaddafi memperkudakan polis dan tenteranya, akhirnya akan tunduk kepada kuasa rakyat juga. Ingat tu wahai rejim Barisan Nasional.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template