Tuesday, February 1, 2011

Tenang: BN menang dalam aib


Kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Tenang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sebenarnya. Sebaliknya ianya adalah suatu penghinaan dan pendedahan memalukan buat BN, terutama buat Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek kerana ianya diraikan BN dalam keadaan rakyat Johor sedang bersedih dan bersusah menghadapai banjir besar.
Chua Soi Lek berbangga kononnya Labis adalah kubu kuat MCA, namun apa yang Chua Soi Lek lakukan bila mana warga Labis kini sedang bersusah hadapi banjir?
Saya percaya, andai Chua Soi Lek dan pemimpin BN lain mengambil perhatian dan persediaanm seawalnya dengan tambah baik sistem saliran dan perparitan di Johor terutama di daerah Segamat sejak bencana banjir 2006, insyallah pastinya ianya tidak akan berulang lagi pada kali ini.
Ingin saya beri amaran pada BN bahawa kemenangan BN ini tidak akan kekal lama kerana dengan sokongan rakyat yang sudah muak dan jelek dengan BN, pastinya pemerintahan 53 tahun  BN akan tumbang.
Andai BN menang 1 kerusi ADUN, Pakatan Rakyat pula akan menang seluruh Malaysia, demi hak dan keadilan buat rakyat Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template