Thursday, February 17, 2011

Saya sudah muak dengan kebodohan kamu, cepat masuk ke pesawat!- bukti Ben Ali takut pada First Lady

Image
Ketika saat Ben Ali menaikki pesawat untuk meninggalkan Tunisai, Dailymail melaporkan kata-kata dihamburkan kepada lakinya Ben Ali “Saya sudah muak dengan kebodohan kamu, cepat masuk ke pesawat!” Begitulah kata isteri Presiden Tunisia merangkap First Lady yang digulingkan Revolusi Rakyat Tunisia, memarahi suaminya saat mereka melarikan diri dari negara itu. Ben Ali macam Najib takut pada First Lady

Leila Trabelsi, isteri diktator Zine al-Abidine Ben Ali, yang terkenal dengan cerewet yang melampau-lampau memaksa suaminya untuk meninggalkan negara itu dengan sebuah jet pribadi. Pada saat-saat terakhir mereka hendak lari dari negara itu, Leila Trabelsi berkata kepada suaminya, “Masuk ke pesawat, bodoh !!!”

Dalam laporan itu menyebut bahawa Diktator Ben Ali sebenarnya tidak mahu menaikki pesawat pesawat tersebut. suaminya berkata, “Saya tidak mahu pergi. Saya mahu mati di negara saya.” Namun isterinya, dengan nada marah berkata, “Sepanjang hidup berhadapan dengan kebodohan kamu. Cepat naik!” Perbualan Ben Ali dan isterinya itu dedengari polis Tunisia, Ali Seriati, yang berada di tangga pesawat.

Isteri diktator Ben Ali sangat menyukai kekayaan dan barang-barang mewah. Terkenal dengan ketamakannya dengan wang, kereta sport dan rumah mewah, serta kegiatan belanja rutin ke Dubai. Firs Lady ini akan menghabiskan ratusan ribu dollar AS untuk membeli barang-barang mewah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template