Wednesday, February 2, 2011

ROSMAH ke luar negara selamat pergi balik tapi rakyat separuh jalan je lah

ROSMAH ke luar negara selamat pergi balik tapi rakyat separuh jalan je lah, duit tak ada nak tampung. Ini menyusahkan kerajaan. Soal keselamatan tak ada subsidi. Soal projek menara 100 tingkat ada cukup duit begitu juga permata negara berjuta-juta ringgit turun untuk Rosmah. Untuk dapatkan undi pilihanraya atas dasar kepentingan mereka bermacam-macam projek boleh lulus, mana datangnya duit pun tak tahu.


Pelajar di Mesir mahu kerajaan bawa pulang, bukan hantar kawasan selamat





Hasil rundingan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dinaungi lebih 5000 pelajar di Mesir semalam, memutuskan gesaan kepada Kerajaan Malaysia supaya membawa pulang pelajar di sana dan bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat.
Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), Mohd Farhan Madzlan berkata, situasi bahaya itu dibimbangi bukan sahaja merebak ke seluruh Mesir tetapi turut menjalar ke beberapa negara jiran.

Beberapa negara lain seperti Britain mengambil tindakan dengan membawa pulang rakyatnya selepas melihat situasi di sana semakin bahaya.
“Keseluruhan rakyat Malaysia di 10 buah negeri di Mesir lebih kurang 10 000 orang sedang melalui kehidupan yang sukar akibat sesetengah kawasan disytihar darurat,” katanya dalam kenyataan media.
Farhan berkata, ILMAM berharap  Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.
Manakala bagi mendapatkan maklimat yang lebih tepat berikutan keadaan pelajar di Mesir, ILMAM menyeru kepada seluruh media supaya mendapatkan maklumat agar tidak berlaku keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka daripada  Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.
Beliau memberitahu, Unit Aduan Dan Maklumat khusus ditubuhkan bagi mematau  dan menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana kepada keluarga di sini.
Bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara tersebut, sila hubungi Timbalan Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Mohd Farhan Madzlan,019-2103035 atau wakil daripada negeri Perlis, Syed Toriq 013-5190501, Kedah, Mohd Nizam Mohd Noh 019-5586401, Pulau Pinang, Ahmad Farizan Abd Hadi 013-6650388. Perak, Zawawi Hasan 013-5908377, Selangor, Syed Abdul Kadir 017-7770282, Kuala Lumpur, Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman 012-3484140 Negeri Sembilan, Norazman Muhammad 019-6400062.
Johor, Zarul bin Salleh 019-6813876, Pahang, Mohd Saifuddin 013-9341730, Terengganu, Mohd Azizul Hisham 019-9544780, Kelantan, Abdul Fatah 013-9210960.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template