Tuesday, February 1, 2011

RM5.67 juta sambut Hari Wilayah, rakyat semakin susah


RM5.67 juta bagi UMNO cuma RM 5.67 sen je. Warga ceruk felda dan sewaktu dengannya tak akan faham dan susah hati. Dalam kepala hotak mereka kerajaan masih banyak duit dan kaya raya. Minyak naik pun RON 97 je bukan minyak cabok 95. Disonansi kognitif warga felda dan sewaktu dengannya sangat parah sukar untuk diubah.

Perbelanjaan RM5.67 juta bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan di kala rakyat masih dihimpit  penderitaan seperti kos kenaikan harga barang dan harga minyak menunjukkan kerajaan tidak bersungguh membela rakyat.
Demikian disuarakan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua merujuk peruntukan berkenaan yang dibelanjakan untuk sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang  berlangsung sepanjang Februari.
“Kita masih lagi mampu untuk menyambut hari Wilayah dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat naik, dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan terbaru harga minyak dinaikkan sekali lagi,” ujar beliau.

Tian Merujuk tindakan kerajaan menaikkan harga RON97 sebanyak 10 sen berkuatkuasa hari ini, yang merupakan kenaikan ketiga dalam tempoh dua bulan.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana usaha lambat yang dilakukan kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir ekoran krisis di negara itu yang  semakin meruncing.
“Tindakan lambat kerajaan memberi respon kepada nasib pelajar serta warganegara kita di Mesir menunjukkan kegagalan kedutaan Malaysia di sana serta  Kementerian Luar Negeri menangani krisis yang berlaku.
“Sedangkan pada masa rakyat kita menghadapi kesusahan lah sepatutnya perbelanjaan disalurkan bagi membantu orang ramai.
“Ia petunjuk jelas bahawa kita sebenarnya belum lagi mempunyai sense of crisis dalam menghadapi musibah sebegini,” kata Tian Chua.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Rabu lalu memberitahu sebanyak RM5.67 juta dibelanjakan bagi menyambut Hari Wilayah Persekutuan selama sebulan sepanjang Februari.
Pada masa yang sama, nasib 87 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir sejak tiga hari lalu kerana perintah berkurung yang dikeluarkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak masih belum dipedulikan mana-mana wakil kerajaan.
Keadaan tegang di negara itu menyebabkan semakin ramai pelancong dan pelajar cuba menyelamatkan diri pulang ke negara masing-masing.
Penunjuk perasaan di Mesir kini dilapor menuju ke lapangan terbang dan jika ia berjaya ditawan, keadaan mungkin menjadi lebih kritikal dan usaha menyelamat rakyat Malaysia menjadi lebih rumit.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template