Tuesday, February 8, 2011

RM1billion: Ini kapal laut ke kapal angkasa?

Kapal laut ini boleh melayang ke bulan ke woi! sebuah kapal di beli dengan harga RM 1 Billion. Tak bankrap ke woit. Subsidi untuk rakyat perlu dikurangkan, nanti negara boleh jatuh bankrap! percayalah jika rakyat hidup senang negara boleh bankrap. Ini hukum hakam pemerintahan UMNO. Harap dengan kapal berharga 1 BILLION ini dapat berlayar dengan baik. Jangan jadi macam kapal selam, kapal selam tak boleh menyelam.

Walaupun begitu teruk perangai rasuah pemimpin BN, pencacai UMNO tak marah sebab dalam kepala hotak mereka secara automatiknya diajar bahawa ia nya mahal pun tak apa untuk kecanggihan keselamatan negara jugek. Tetap sokong UMNO sebab kepala hotak mereka sudah diset sebegitu walaupun mereka tahu itu tak betul. Mereka2 sebegini malu hendak mengaku UMNO. Bila sahabat lain mengutuk UMNO, puak2 sebegini akan duduk diam je. Warga felda? hahaha, tak ada kena mengena pun dengan kelapa sawit mereka.

Kapal laut: Kerajaan beli 870 peratus lebih mahal dari negara lain


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.
Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.
Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.
“Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.
“Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004,” katanya.
Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi  membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.
Bagaimana, syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.
Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template