Monday, February 28, 2011

Revolusi menghampiri Vietnam!!!


Seorang veteran pembangkang Vietnam telah ditahan setelah dia menyeru rakyat Vietnam turun ke jalan raya ala Mesir. Laporan AFP. Nguyen Dan Que bertindak spark revolusi seperti sri kandi Mesir Asmaa Mahfouz menyeru rakyatnya turun ke jalan raya menggulingkan rejim. 

Tanda-tanda revolusi merebak ke asia tenggara sudah muncul. Rejim-rejim besar di asia tenggara perlu buat perubahan dengan  mendahulukan rakyat. Contohi lah Oman. Raja Oman menaikkan gaji rakyatnya kerana bimbang jika revolusi melanda ke atas negara itu. Jangan fikir hendak naikkan harga minyak saja tanpa pedulikan kesengsaraan rakyat!

Nguyen Dan Que itu ditahan setelah menyeru rakyat Vietnam bangkit melawan komunis. Que, yang lahir pada 1942 ditangkap di rumahnya di Ho Chi Minh City pada hari Sabtu, dikutip dari Vietnam News. Ini adalah penangkapan keempat bagi Que dalam 33 tahun terakhir.

Polis menyita beberapa dokumen berkaitan dengan kegiatan anti pemerintah, termasuk satu "imbauan kepada semua orang" yang menyerukan rakyat Vietnam bangun melawan rejim.

"Mari turun ke jalan raya untuk membongkar Politburo!" kata Que-AFP.

Dia menyerukan para pemuda untuk mengambil peluang dari gerakan demokrasi di Afrika dan Timur Tengah Que berkata, "berkumpul untuk demonstrasi".

Que, seorang doktor telah ditangkap pada tahun 1990 kerana penglibatan beliau dalam gerakan reformasi politik dan dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template