Monday, February 14, 2011

Revolusi Iran ke-32 tahun, hari yang sama Mubarak digulingkan!

Ayatollah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei pemimpin besar revolusi islam dalam khutbah jumaatnya di Tehran menyebut 10 hari selepas revolusi islam adalah fenomena yang sangat penting. Mubarak diguling oleh warga Mesir ketika rakyat Iran menyambut ulang tahun revolusi Iran ke-32 tahun.

Kini Mubarak hidup dalam pelarian di resort mewah di semenanjung Sinai yang dilengkapi disko, kasino mewah, scuba diving, minuman koktail di four season dan juga Hard Rock Cafe.

Tapi berapa lama bekas diktator Mubarak meluangkan masa pelariannya di Sharm el-Sheikh? ini bukan pilihan Mubarak.

Pada hari yang sama Mubarak digulingkan, pada 1979 Shah Iran digulingkan dalam gerakan revolusi Iran. Shah Iran melarikan diri ke Mesir, di mana Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat menyambut ketibaannya. Bagi Mubarak, diktator ini perlu mencari tempat yang memungkinkan untuk beliau hidup dengan lebih baik bebas daripada tindakan undang2, mafia atau pembunuh.

Kemungkinan Mubarak akan berlindung di UAE kerana semasa berkuasa diktator ini menguruskan dinar ke UAE. Tetapi berlindung di Israel adalah tebaik kerana semasa diktator ini berkuasa cukup baik layanan diplomatik Mubarak terhadap yahudi di Tel Aviv.

Daripada risikan, Mubarak telah pun meninggalkan Mesir ketika menyampaikan pidato terakhirnya. Pidato tersebut hanyalah rakaman sahaja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template