Monday, February 28, 2011

Rakyat Libya berjaya tawan minyak. Minyak bukan lagi milik Gaddafi


Libya merupakan negara pengeksport minyak mentah ke-12 dunia dan kini pengeluaranya menurun akibat kekurangan pekerja. Di Malaysia pencacai sibuk hendak naikkan harga minyak.

Rakyat Libya berjaya menawan kawasan cari gali minyak dan kini minyak bukan lagi dibawah kekuasaan Gaddafi. al-Youm, terbitan Libya menyebutkan kawasan cari gali minyak bukan lagi berada di bawah kawalan pemerintahan rejim Gaddafi.

Pada 25 Februari lalu, penunjuk perasaan dibantu oleh tentera pro rakyat berjaya menawan kawasan cari gali minyak di Lanuf dan Brega.

"Hampir semua kawasan cari gali minyak Ras Lanuf kini dikuasai oleh rakyat dan pemerintah tidak memiliki kawalan atas kawasan tersebut," kata Abdessalam Najib, seorang jurutera petroleum syarikat Agico Libya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template