Tuesday, February 22, 2011

Rakyat Libya angkat senjata bangun melawan rejim

Mati dibunuh rejim

Sekarang ini rakyat Libya bukan lagi menjerit-jerit atau melontar batu tetapi rakyat Libya lebih berani bangun melawan dengan menggunakan senjata api. Mana mungkin rakyat Libya dapat melawan tentera rejim lengkap bersenjata melawan rakyat dengan kereta perisai, mesin gun dan jet pejuang. Tak mungkin menang rakyat Libya dengan sorak jerit atau melawan pakai batu.

Menutur laporan Associated Press, situasi di bandar Tripoli sejak menjadi medan pertempuran. Dibumbung bangunan, terdapat penembak tepat menghala muncung rifel mencari mangsa ke arah kerumunan para demonstrasi.

Pro Khadafi yang berkeliaran dengan senjata api dengan berkereta. “Mereka memandu seperti orang gila yang sedang mencari seseorang untuk dibunuh. Ini suasana yang sungguh kacau bilau,” kata seorang anti Gaddafi berusia 28 tahun.

Seorang warga Libya bernama Mahmoud Shawkat mengaku melihat dengan matanya sendiri seorang jirannya ditembak di kepala semasa protes di dataran Hijau. “Saya tidak yakin adakah dia masih hidup atau sudah mati,” kata Mahmoud.

The Washington Post melaporkan beberapa pesawat dan helikopter melepaskan tembakan dari udara ke arah para demonstrasi.


Dua juruterbang rejim melarikan diri dengan jet pejuang Mirage ke Malta selepas ingkar arahan Gaddafi supaya tempat-tempat para demonstasi dibom.


Suasana di Libya cukup gila. Pemimpin gila yang sanggup membunuh kerana kuasa, itu lah Gaddafi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template