Thursday, February 3, 2011

Protes Kenaikan Harga Barangan akan ke Pulau Pinang


SHAH ALAM: Protes Kenaikan Harga Barang anjuran pimpinan Wanita KEADILAN akan menjelajah ke Pulau Pinang selepas Selangor dan Perak untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui tandatangan di atas kain rentang yang tertera tulisan “Rakyat Malaysia Protes Kenaikan Barang”.
Menurut Timbalan Speaker Kerajaan Selangor, Haniza Talha, jelajah tersebut akan berjalan ke seluruh negara untuk mengumpul bantahan ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga keperluan rumah.
“Semasa di Perak, kita dapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pengguna malah peniaga turut menyuarakan ketidakpuasan kerana terpaksa menanggung rugi akibat barang tidak boleh dijual pada harga tinggi.
“Tujuan kempen ini adalah untuk mengutip sebanyak mungkin tandatangan daripada rakyat yang tidak setuju dengan kenaikan harga barang. Tindakan ini sebagai amaran keras kepada kerajaan kerana menaikkan harga barangan berpunca daripada kenaikan harga minyak,” kata Haniza.
Ketika bercakap kepada KeadilanDaily.com, Haniza memberitahu sehingga kini pihaknya mengumpul segulung besar kain rentang yang mempunyai tandatangan rakyat negeri Selangor dan Perak yang tidak setuju kenaikan harga barang.
“Sekiranya seluruh Malaysia kita jelajah, saya pasti jumlah kain rentang yang ditandatangan rakyat akan berkodi-kodi yang memperlihatkan sebanyak 99.9 peratus rakyat tidak setuju,” ujarnya.
Selain mendapatkan tandatangan, pasukan wanita juga mengedarkan Buletin Kerajaan Negeri Selangor dan risalah ‘Janji Jingga Pakatan Rakyat’ yang amat ditakuti kerajaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template