Sunday, February 13, 2011

PRK Merlimau: Ceramah BN tiada sambutan

Tidak berkokok pula Ali Rustam malam tadi. Peristiwa Ali Bekokok dalam ceramah di Jasin beberapa tahun dulu.

Pilihan Raya Kecil Ceramah BN Tiada Sambutan

Oleh Suara Merlimau
 
Umno/BN cuba mensabotaj ceramah PAS apabila mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah PAS semata-mata untuk menarik penduduk setempat supaya tidak menghadiri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz malam ini. Ceramah PAS diadakan di perkarangan Markaz PAS Merlimau manakala ceramah Umno/BN diadakan di seberang jalan utama yang jaraknya hanyalah 300 meter. Penceramah utama ialah Lokman Noor Adam bekas pemimpin pemuda PKR yang melompat menyertai Umno.







Namun Umno/BN sendiri dimalukan oleh penyokongnya apabila hanya 60 orang sahaja (gambar atas) yang datang mendengar ceramah mereka berbanding ceramah PAS yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat.

Cuba tuan-puan bandingkan jumlah pendengar antara ceramah Umno/BN (gambar atas) dengan ceramah PAS (gambar bawah).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template