Monday, February 14, 2011

Polis rasuah bukan masalah di negara ini

Isa Samad berkata rasuah bukan masalah pun di negara ini. Walaupun rasuah berbillion ringgit negara masih aman damai dan makmur.  Ulang balik Isa Samad kata " rasuah bukan masalah di negara ini" rasuah perkara kecil je bukan masalah besar pun kepada negara. Kecoh betul lah Pakatan Rakyat ni. SPRM patut dibubarkan aje. Buat nyemak je. Betul tak pencacai UMNO? untuk kebaikan sedare jugak kan.

Polis berpangkat ASP dituduh rasuah
Seorang pegawai polis berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas dua tuduhan menerima suapan berjumlah RM12,500 pada Disember tahun lalu.

Zulkifli Ahmad, 55, yang bertugas di Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Hulu, Perak didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat letak kereta Masjid Solehuddin Al Ayubi Padang Besar pada 8.25 malam, 9 Disember 2010.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada Sarkumar@Shuhaimi Shafie dari kilometer 28, Jalan Padang Besar sebagai dorongan untuk melepaskan kereta-kereta yang menyeludup petrol ke Thailand.

Dalam pertuduhan kedua, Zulkifli yang tidak diwakili peguam didakwa menerima suapan wang tunai RM7,500 daripada Ismail Ramli dari Kampung Wang Kelian bagi tujuan yang sama.

Pegawai polis yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 14 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa SPRM Ishak Taib.

--Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template