Wednesday, February 2, 2011

Perutusan Tahun Baru Cina Anwar Ibrahim


Tahun arnab bagi masyarakat Cina adalah tahun keempat dalam kalendar mereka. Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan. Adalah dinasihati sepanjang tahun arnab ini sememangnya baik tumpuan diberi kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha membangun lingkungan yang aman.
Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan. Pakatan Rakyat juga berusaha keras setiap masa demi memastikan hasrat tersebut terlaksana. Menjelang tahun 2011 Muafakat Pakatan Rakyat telah berhasil menerbitkan satu dokumen penting yang digelar Buku Jingga, zahir dari iltizam kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia memastikan kesejahteraan negara ini.
Moga tahun ini bermula dengan baik untuk kita semua. Saya berharap hasrat murni kita untuk melihat Malaysia yang sejahtera dan makmur akhirnya terlaksana. Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Cai!
Anwar Ibrahim

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template