Friday, February 25, 2011

Perkara 10, 20 dan 21 jangan dibakul sampahkan


Di Mesir rakyat berhimpun secara haram, begitu juga di Yamen, Libya, Algeria dan Bahrain. Rejim di negara-negara tersebut mengharamkan rakyat mereka berhimpun mungkin sebab tak ada permit. Di Libya rakyat berhimpun dibalas dengan bom dan peluru mesin gun. Sungguh bahaya bila rakyat turun berhimpun.

* Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.


* Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.
* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. rujuk


Perhimpunan Hindraf di KLCC Ahad ini tiada permit - Polis

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Polis hari ini memaklumkan bahawa perhimpunan serta perarakan beramai-ramai yang dirancang oleh Hindraf di bawah Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dari KLCC ke Balai Polis Dang Wangi Ahad ini tidak mempunyai permit.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, permohonan permit yang dibuat parti itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak diluluskan atas dasar keselamatan.
"Selain itu ianya boleh menggugat ketenteraman awam serta menghalang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, polis Kuala Lumpur pada petang ini telah menghubungi Setiausaha Agung HRP untuk memaklumkan bahawa permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan tidak diluluskan dan pihak polis akan mempertimbangkan semula sekiranya HRP mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan keadaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Orang ramai diminta tidak terbabit dengan perhimpunan haram tersebut kerana polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menyertainya. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template