Monday, February 7, 2011

Pengasas PRS – parti komponen BN Sarawak, keluar parti


Tindakan Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu, pengasas Parti Rakyat Sarawak (PRS) keluar parti, membuktikan parti komponen Barisan Nasional (BN) gagal memperjuang hak masyarakat Dayak di negeri itu.
Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Jimmy Donald, berkata antara punca Tedewin meninggalkan BN ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud membuli kaum Dayak.
“Isu utama yang membelenggu masyarakat Dayak di Sarawak berkaitan dengan rampasan tanah yang kerap dilakukan kerajaan negeri kononnya atas nama pembangunan,” katanya kepada KeadilanDaily.com.
Tedewin yang mengasaskan PRS pada 2004 keluar parti itu pada 29 Januari lalu. PRS adalah parti komponen paling muda di negeri ini dengan menyertai BN pada 2005.
Bekas Setiausaha Agung PRS itu menyeru kaum Dayak segera meninggalkan BN dan menyertai KEADILAN yang memiliki dasar jelas terhadap rakyat Sabah dan Sarawak seperti dalam Buku Jingga.
Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Sri Aman sejak 1995 hingga 2008, menganggap sudah tiba masanya kaum Dayak dalam PRS dan BN keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu.
“Pemimpin Dayak dalam BN tidak lantang bersuara memperjuang kaum Dayak kerana mereka takut dengan Taib Mahmud, takut kehilangan jawatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Jimmy berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ikhlas memperjuangkan hak semua kaum termasuk masyarakat Dayak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template