Friday, February 25, 2011

Pengalaman menarik Rahbar dalam pertemuan dengan Gaddafi


Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran, Ayatullah al-Udzma Sayid Ali Khamenei, atau Rahbar, ketika menjawat jawatan sebagai presiden, pernah berkunjung ke Libya. Ayatullah Khazali mencatat kunjungan Rahbar ke Libya itu dan pertemuan beliau dengan Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Dalam pertemuan itu, Rahbar bertindak cerdik dalam menjaga kehormatan nama bangsa Iran.

"Di Libya terdapat bumbung besar (tempat pertemuan Gaddafi dengan tamunya) yang pintu masuknya sangat rendah, dan setiap orang yang memasukinya terpaksa menundukkan kepala dan membongkok. Di sisi lain, di dalam itu, tepatnya di depan pintu masuk terdapat foto besar Gaddafi. Bermakna setiap orang yang memasuki tempat itu seolah-olah menghormati Gaddafi dengan menundukkan kepala. Namun Rahbar ketika hendak memasuki tempat itu, beliau masuk dengan badan membelakangi foto Gaddafi."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template