Wednesday, February 23, 2011

Tahanan tanpa bicara akan dibebaskan!


Sebilangan mereka ditahan dibawah undang-undang darurat (tahanan tanpa bicara). Macam di Malaysia juga. Terima kasih Asmaa Mahfouz!

Pasca revolusi di Mesir kini menyatakan akan membebaskan seramai 200 orang tahanan politik. Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri Ahmed Shafiq. Namun masih belum diketahui bila tahanan tersebut akan dibebaskan.

Kumpulan hak asasi manusia melaporkan ribuan warga Mesir telah ditahan tanpa bicara berdasarkan undang-undang darurat di negara itu dan kebanyakkan daripada mereka adalah digolongkan sebagai tahanan politik. Nyata sekali bahawa sebuah negara rejim akan bertahan tampuk kuasanya dengan undang-undang darurat ini. Macam di malaysia juga.

“Perdana Menteri Ahmed Shafiq mengumumkan terdapat 487 tahanan politik dan akan segera membebaskan 222 orang diantaranya,” kata saluran berita MENA.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template