Saturday, February 5, 2011

Krisis Yamen: Kemungkinan al-Qaeda sebagai alasan campur tangan tentera (AS)

Ada kebimbangan bahawa AS mungkin menggunakan kehadiran al-Qaeda/pengganas sebagai alasan untuk campur tangan tentera AS di negara itu. Banyak pengulas memberi amaran terhadap pengulangan tindakan "pre-emptive" diambil terhadap Iraq dan Afghanistan. Revolusi yang merebak di tanah arab dijadikan alasan (al-Qaeda) untuk AS mencampuri urusan negara Yaman dengan menggunakan tindakan ketenteraan. Campur tangan AS di Yaman boleh menyebabkan seluruh semenanjung Arab menjadi tidak stabil.


Penulis al-Thawrah Syria Husain Saqr berpendapat bahawa perang di Yaman akan mengancam, dan melemahkan negara pada peringkat politik, ekonomi dan sosial.

Suara yahudi di akhbar Israel mengatakan bahawa situasi ( krisis Yamen) menunjukkan keperluan untuk membanteras pelampau Islam. AS dan sekutunya Israel cuba memperkudakan negara Yamen sebagai sarang pengganas sebagai alasan mengawal negara-negara(revolusi/impak domino) dan islam. Sungguh kecewa apabila rakyat disini menunjukkan bantah terhadap campur tangan AS dalam krisis Mesir berakhir dengan tindakan keras oleh anggota polis dan disimbah dengan meriam air.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template