Wednesday, February 9, 2011

Jumpa Najib: Dialog Tiga Abdul

Penyamun (Najib) kena tipu oleh penipu. Dah kena dah si penyamun jumpa si penipu. Para-para penipu berani menipu si bapak penyamun. Bapak penyamun pun kena tipu bayangkan mereka yang disamun(rakyat). Dah kena dah dengan dialog dalam filem 3 Abdul...

"abang2 disini penipu, bapak disana tu penyamun.... dahhhh kena dah penipu jumpa penyamun"



JUMPA NAJIB : SESETENGAH ADUN BN MENIPU


Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template