Monday, February 7, 2011

Ini dicedok daripada melayau

Ini namanya akhbar tak tahu malu, tak sedar diri. Lain kali baca dulu tajuk yang dicedok tu. Jangan main cedok je. Tak kena langsung tajuk dengan tubuh badan akhbar yang hanya memperjuangan kebebasan suara UMNO sahaja. Poooraaahhhh! akhbar tak ada standard. 

Mesir mula berlembut, laksana kebebasan akhbar


KAHERAH 6 Feb. — Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengadakan rundingan dengan wakil-wakil kumpulan pembangkang utama buat pertama kalinya hari ini dan bersetuju melaksanakan kebebasan akhbar, membebaskan tahanan yang ditahan sejak tunjuk perasaan antikerajaan tercetus 25 Januari lalu dan menarik balik undang-undang darurat selepas keadaan keselamatan terjamin.

Omar meluluskan satu pelan yang diketengahkan oleh pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa perundangan dan tokoh-tokoh politik meneliti cadangan pindaan Perlembagaan yang akan membenarkan lebih ramai calon untuk bertanding jawatan Presiden dan memperkenalkan tempoh bagi pentadbiran Presiden, lapor agensi berita Mesir. - Agensi
sumber : melayau

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template