Saturday, February 5, 2011

Himpunan Solidariti Rakyat Mesir: Mereka yang ditahan semalam adalah berbahaya kepada US dan Mubarak


anti mubarak protest klcc mosque 040211 crowdshot

Berita dilaporkan oleh keadilandaily semalam. Tak pasti protesters ini sudah dibebaskan atau belum. Mereka ditahan kerana kecam Mubarak dan US! Nyata mereka ini berbahaya kepada Mubarak dan US sehingga ditahan tanpa dibenar protester yang ditahan berjumpa dengan peguam. Cukup-cukup bahaya hahaha.


Polis halang peguam jumpa tahanan

Sidiqin Omar | 4 Feb 2011, 09:51 pm
KUALA LUMPUR: Selepas 5 jam, peserta yang ditahan dalam himpunan Solidariti Rakyat Mesir masih tidak dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga mahupun peguam, kata Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
“Kami masih menunggu di hadapan balai polis daerah Dang Wangi bersama ahli keluarga.
“Polis masih tidak membenarkan kami untuk bertemu dengan mereka yang ditahan,” kata Latheefa kepada Keadilandaily.com sekitar jam 9.30 malam tadi.
Tujuh mereka yang ditahan adalah Hafiz Kamaruddin, Mohammad Mohd Nor, Hadi Ariffin, Zainal Dewa, Ismath Habib dan dua mahasiswa tempatan.
Latheefa berkata, pihaknya selaku panel peguam penasihat akan berusaha sedaya upaya membebaskan mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template