Tuesday, February 1, 2011

Harga minyak, isu Mesir: Pakatan anjur demo besar-besaran Jumaat


Baru betul! rejim BN perlu diajar melalui jalan raya bukan melalui pilihanraya!
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan turut serta menyertai demonstrasi besar-besaran Jumaat ini bagi menyatakan sokongan kepada  perjuangan rakyat Mesir menentang rejim  Hosni Mubarak serta membantah tindakan kerajaan berterusan menaikkan harga minyak.
Demikian kata Timbalan Ketua AMK Malaysia, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas,  Nasruddin Tantawi hari ini berhubung perhimpunan itu.
“Kita akan turut serta,” kata Khairul Anuar.
Perhimpunan tersebut yang disertai 71 Badan Bukan kerajaan (NGO) dijangka berlangsung di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji sejurus solat  Jumaat. Antara pertubuhan lain yang akan turut berhimpun adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, dan SAMM.
Ia mensasarkan dua bantahan iaitu terhadap Amerika Syarikat kerana mempertahan sekutu rapatnya  Hosni Mubarak yang kini sedang diusir rakyat negara itu dan kerajaan Malaysia kerana menaikkan lagi harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.50 berkuat kuasa hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Khairul Anuar berkata penyertaan AMK adalah atas kepercayaan bahawa perjuangan rakyat Mesir adalah bukti bahawa kerajaan yang zalim mampu ditumbangkan rakyat.
“Sekuat mana tirani sekalipun, mereka akan runtuh. Sejarah dunia sudah membuktikan, empayar juga boleh runtuh apabila rakyat bangkit. Sekuat mana dikepung,  semakin banyak saluran komunikasi ditutup, semakin rakyat ditekan, dengan kesedaran mereka akan tetap bangkit,” kata Khairul Anuar.
Selain itu, Khairul Anuar tindakan kerajaan menaikkan sekali lagi harga minyak yang merupakan kenaikan ketiga dalam tempoh dua bulan tidak dapat diterima rakyat kerana rasuah serta  ketirisan masih lagi berleluasa.
“Laporan Global Financial Initiative (GFI) bahawa RM888 bilion wang haram mengalir keluar dari negara tidak boleh merasionalkan kenaikan harga minyak semalam,” kata Khairul Anuar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template