Wednesday, February 2, 2011

Harap pencacai UMNO turut serta jumaat ini


Tak perlu lah pencacai UMNO untuk meminta izin daripada APCO untuk turun demo bagi menyokong rakyat Mesir mendesak rejim Hosni letak jawatan. Bantah campur tangan AS, Israel sekutu APCO.
Pemuda PAS Pusat akan mengadakan perhimpunan secara aman bersama gabungan Parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantah sikap Amerika melindungi sekutu rapatnya di Mesir, Hosni Mubarak.
“Kita akan menghantar memorandum meminta Kerajaan AS supaya berundur daripada bayangan kerajaan Mesir selain mendesak AS tidak campur tangan dan membiarkan rakyat Mesir yang membuat keputusan serta mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan,” kata Ketua penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat.
Menurutnya, himpunan yang dinamakan sebagai Perhimpunan Kebangkitan Bersama Rakyat Mesir (PKBRM) itu akan bergerak dari Masjid As-syakirin ke kedutaan  Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat.
Menurut Suhaizan, beliau turut mengajak parti komponen Umno dalam Barisan Nasional supaya menyertai perarakan yang akan dianggotai 50 NGO.
“Kita akan berarak secara aman untuk menghantar memorandum itu kepada kedutaan AS dan salinannya dihantar kepada kedutaan Mesir kerana minggu lepas mereka tidak mahu terima,” kata Suhaizan ketika mengadakan sidnag media di Ibu Pejabat Pas tengahari tadi.  
Sementara itu, Suhaizan berkata tindakan untuk mengadakan perarakan tersebut juga bagi menyatakan sokongan rakyat Malaysia terhadap penentangan rakyat Mesir yang bangkit menggulingkan pemimpin kuku besi, Hosni Mubarak.
“Kami sebagai masyarakat seagama menyokong tindakan mereka dan akan mengadakan pertemuan khusus dengan NGO di peringkat Asean untuk memberikan kenyataan ringkas sebagai sokongan berhubung kebangkitan rakyat Mesir.
Katanya, perarakan dan perhimpunan secara aman itu akan berlangsung lebih kurang satu hingga dua jam. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang prihatin dengan perjuangan rakyat di Mesir.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan, menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam demontrasi besar tersebut.

2 comments:

Blog 1 Malaysia on February 2, 2011 at 8:31 PM said...

jgn jadi pencacai..







Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

joecharlie on February 3, 2011 at 9:02 AM said...

yes yes kita bantah RON 97 NAIK SEPOSEN untuk keta bosar dan oghae kayo rayo yang SONGLAPKAN DUIT TABONG ANAK YATIM , JANDA MERANA MELALI DAN PITIH KOHILAL YES YES YES MEMAE CELAKO CELAKO CELAKO DEMO KAE!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template