Tuesday, February 15, 2011

Gelombang Merah bermodalkan judi dan pelacur

Modal dan bagaimana caranya itu semua tidak penting. Undi ratusan pemuda Kelantan harus dipesongkan. Yang penting rakyat Kelantan perlu di BODOH-BODOHKAN dahulu baru dapat undi, baru boleh UMNO BN menang. Tak bodoh mampus UMNO BN tak boleh menang.

"Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa," kata Idris Ahmad Ketua penerangan PAS.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh UMNO APCO pro Zionis sila laporkan saja kepada pihak berkuasa. Jangan buang masa memekak dalam utusan dan media-media pencacai lain.

Judi & pelacur di Kelantan: PAS minta Mustapa lapor
PAS meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa yang mengulas dakwaan sebuah blog berhubung isu itu kelmarin menggambarkan seolah-olah ia hendak dipolitikkan.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa," kata Idris (kiri).

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal -Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu.

mustapa mohamedMenurut Mustapa (kanan) lagi, jika benar dakwaan itu, Mustapa secara tidak langsung memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak". 

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat. 

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," katanya lagi.

Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama."

Kegiatan perjudian, pelacuran ada di Kelantan – Nik Aziz

KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.


Nik Abdul Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama pencacai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template