Monday, February 7, 2011

Gelombang merah 1K mula menyerang: TGNA diserang kaw kaw...

Langkah pertama untuk membodohkan rakyat Kelantan adalah serang pucuk pimpinan dulu. Ikan yang busuk mestilah bermula dari kepalanya dahulu. Rejim yang jahilliah ini sedaya upaya membodohkan rakyat Kelantan dengan cara memburukkan peribadi ulama TGNA di depan mata rakyat Kelantan. 

Kalau boleh yang penyokong PAS tegar di Kelantan pun hendak dipesongkan supaya menyokong mereka. Memang bijak akhbar-akbar pencacai mainkan peranan mereka. Macam-macam dilaporkan oleh akhbar pencacai supaya dapat disonansikan kognitif rakyat Kelantan bahawa ini lah TGNA yang sebenar. Tapi bagi mereka yang melihat dengan mata hati, insyaAllah penyakit bawaan Illuminati ini dapat dicegah. Syarat untuk tukar kerajaan dari PAS ke rejim BN adalah bodohkan rakyat Kelantan dahulu atau rampas kuasa secara haram.


Koleksi serangan pencacai hari ini.

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendirian beliau berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

TUMPAT 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat supaya debat antaranya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka.

IPOH 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kekeliruan sekali gus perpecahan kepada umat Islam di negara ini.

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah berasa bersalah mengeluarkan pelbagai 'fatwa' karut kerana golongan ulama tidak pernah menegur tindakannya.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template