Monday, February 28, 2011

Gaji telah dinaikkan!!!


Pemimpin yang tidak pedulikan rakyat selama ini mula sedar. Ini di Oman. Tetapi agak malang di Malaysia, rejim Barisan Nasional masih berani untuk mementingkan diri dan kroni mereka seolah-olah negara ini mak bapak mereka yang punya. Ulama pun digelar pengganas. Bagi mereka APCO yahudi lebih mulia daripada ulama.

Demonstrasi secara aman di Oman. Seramai 500 orang berkumpul memprotes kenaikkan harga barang di negara itu. Mereka juga menuntut kerajaan bertindak tegas memerangi rasuah.

Bimbang jika negaranya bergolak seperti Mesir, Raja Oman Qaboos bin Said mula pedulikan rakyat. Kini rakyat didahulukan. Qaboos bin Said telah menaikkan gaji pekerja serta biasiswa pelajar.

Raja Oman juga merombak kabinetnya dengan memecat enam menteri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template