Sunday, February 20, 2011

Gaddafi gila: Serang demonstrasi guna mortar dan mesin gun 14.5 mm

Demonstran di Libia
Sebelum itu saksi memberitahu terdapat penembak tepat telah dikerahkan untuk membunuh para penunjuk perasaan yang cuma membalas tindakan tentera rejim dengan menggunakan kayu dan batu.

Seorang doktor di sebuah hospital di Benghazi memberitahu kepeda BBC bahawa situasi di bandar itu "seperti neraka" dan dia menyaksikan banyak mangsa yang dirawat adalah akibat ditembak.

Gaddafi memang sudah gila. Sanggup mempertahankan kekuasaan diktatornya. Kuasanya lebih penting daripada nyawa rakyat. Jika Gaddafi sanggup membunuh rakyatnya. Nyawa rakyat langsung tidak diperdulikan apatah lagi untuk menjaga kebajikan rakyat. Diktator gila.

Associated Press dan al-Jazeera melaporkan tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menghadiri pengebumian semalam (19/02), 15 orang mati dibunuh tentera rejim. Ada saksi memberitahu bahawa angka rakyat yang dibunuh rejim Gaddafi jauh lebih tinggi.

Seorang saksi di Benghazi juga memberitahu kepada BBC bahawa tentera rejim menggunakan mortar dan mesin 14.5 mm senjata berat yang dikeluarkan oleh bekas negara Soviet.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template