Sunday, February 6, 2011

Disonansi kognitif: Gelombang merah Tranformasi 1Kelantan bodoh

Macam-macam akta baru dibuat nak kekang media baru. Media pencacai pula dijadikan balaci habisan-habisan. Ceramah-ceramah pakatan diharamkan. Semua itu hanya satu tujuan untuk mengekang segala maklumat supaya rakyat tak tahu kerja haram BN dengan kata lain rakyat bodoh lah. Rakyat bodoh, tak tahu kerja haram yang BN telah buat adalah baik untuk BN. Di media-media pencacai akan menyajikan berita-berita sedap sahaja mengenai BN. Percayakan saja apa yang disampaikan oleh media-media ini. Percayakan apa yang dilihat. Semestinya Pakatan disajikan hal-hal buruk belaka. Inilah disonansi kognitif.

Jadi nak transformasikan rakyat Kelantan perlulah diperbodohkan cukup-cukup baru dapat undi. Maka bermacam-macam lah maklumat yang akan disampaikan oleh pencacai kepada rakyat Kelatan agar rakyat Kelantan patuh kepada mereka melalui Gelombang Merah Tranformasi 1Kelantan perlu jadi bodoh. Kalau tak bodoh jangan haraplah dapat undi dan menang pilihan raya. Ini formula dipakai di mana-mana sahaja negara yang diperintah oleh rejim.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template