Saturday, February 5, 2011

Di Malaysia protes bantah US diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram

Akhbar pencacai melabel perhimpunan membantah campur tangan US dalam krisis Mesir di Kuala Lumpur semalam adalah perhimpunan haram! perhimpunan ini haram. Jangan bantah US! ia adalah haram! Lagi sial ialah laporan yang disiarkan dalam akhbar pencacai bercanggah maklumat. Ada kepentingan ke? rakyat bangkit menentang campur tangan barat tetapi pihak berkuasa melayan protesters ini seperti binatang!

Dilaporkan dalam Bernama disiarkan dalam akhbar pencacai bahawa 2000 orang menyertai protes tersebut tetapi jumlah sebenar adalah 5000 orang!

Dilaporkan dalam Bernama disiarkan dalam akhbar pencacai bahawa mereka(protesters) ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras tetapi keadilandaily melaporkan bahawa rakyat yang sebenarnya dibaling batu dan dikasari serta ada yang disembur(pemedih mata) ketika protes bersuarai. Ada tak risikan-risikan mendapati pencacai UMNO juga sertai protes ini? ada sesiapa nampak? aku percaya memang tak adalah!


Polis bertindak zalim surai perhimpunan aman - keadilandaily

KUALA LUMPUR: Polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak ganas dengan memukul orang awam yang menyertai perarakan membantah campur tangan Amerika terhadap Mesir, petang tadi.



Kejadian berlaku ketika 5,000 peserta perarakan bergerak dari kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang apabila anggota polis mula menolak dan menghimpit kumpulan perarakan ini.
Keadaan menjadi lebih kecoh apabila individu yang dipercayai anggota polis berpakaian biasa dikatakan bertindak kasar dengan menumbuk dan menerajang kumpulan berkenaan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar ketika ditemui KeadilanDaily.com menyatakan rasa kecewanya terhadap polis dan FRU kerana bertindak ganas termasuk membaling batu terhadap orang ramai.
“Baling batu, ini tindakan zalim, teruk dari binatang. Kita sudah bersurai dan berarak pulang dengan aman tapi dikacau. Ada yang disembur (pemedih mata). Kita nak balik,” katanya kepada Suara Keadilan.

Tujuh ditahan demonstrasi di ibu kota - akhbar pencacai
04/02/2011 7:18pm

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tujuh lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan ketika satu perhimpunan haram membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir di pekarangan Kedutaan Amerika, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Mereka ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras serta tidak mahu bersurai apabila diminta,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tujuh lelaki tersebut adalah antara hampir 2,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun berjaya disuraikan pihak polis 20 minit kemudian. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template