Monday, February 7, 2011

Demonstrasi Go Go Go Bala


Demonstrasi desak Gobala letak jawatan


PADANG SERAI: Satu demonstrasi hari ini berlangsung di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Padang Serai bagi mendesak Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.
Dalam demontrasi anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Serai itu, peserta berarak sambil membawa sepanduk bertulis “Gobala jangan jadi barua politik”, “Berambus keluar Padang Serai”, “Gobala Si Penipu”, serta “Kosongkan kerusi Padang Serai”.
Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Gobala keluar parti sedangkan beliau memang atas tiket KEADILAN yang mewakili Pakatan Rakyat dan bukannya atas kapasiti individu.
Awal Januari, KEADILAN memberi Gobala surat tunjuk sebab tetapi ia tidak dijawab.
Selepas kalah pemilihan Naib Presiden KEADILAN dan tidak dilantik sebagai Naib Presiden, Gobalakrishnan mula mengecam keras pimpinan KEADILAN khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali, melalui twitter.
Namun, pada waktu itu Gobala ‘berjanji” tidak akan keluar parti tetapi mengingkarinya sehari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Gobala sebelum ini mempertikai pelantikan N Surendran, peguam hak asasi manusia sebagai Naib Presiden KEADILAN.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template