Wednesday, February 16, 2011

Demonstrasi besar di Bahrain. Teori Glenn Beck islam yang kuat akan muncul

[Image]
Awek Bahrain


Semasa tempoh rakyat Mesir sedang merusuh, Glenn Beck telah mengemukakan satu teori dimana revolusi ini akan mengelilingi muslim di timur tengah membentuk satu kalifah yang besar dan kuat. Ia merupakan suatu turutan dari protes di Mesir dan kekuatan islam yang kuat akan muncul. Bukan sahaja di timur tengah malah akan merebak ke eropah.


Kini teori yang disangka gila oleh pro APCO Yahudi zionis betul-betul telah naik gila. Kini teori tersebut semakin jelas.

Anggota keselamatan Bahrain telah menembak mati dua demonstrator Syiah. Dilaporkan bahawa dua demonstrator itu ditembak mati di luar sebuah hospital di Manama. Sebelum itu seorang penunjuk perasaan berusia 22 tahun mati terkena tembakan peluru di punggungnya.

Berita kematian tersebut menyebabkan rakyat Bahrain bertindak lebih berani dan melancarkan demonstrasi seluruh negara untuk meningkatkan protes pro demokrasi. Majoriti penunjuk perasaan adalah terdiri daripada golongan Syiah.
[Image]
Majoriti warga Syiah Bahrain berada di bawah kekuasaan keluarga Raja Sunni Syeikh Hamd bin Isa al-Khalifa. Warga Syiah di Bahrain dikatakan warga syiah ditindas dan didiskriminasi oleh pemerintah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template