Monday, February 14, 2011

DEBAT : CADANGAN KETUA MENTERI MENGGELIKAN

Cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bersedia untuk berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) amat menggelikan hati pimpinan PR dan penyokongnya.
Dalam kenyataan media yang dipetik dari Sinar Harian hari ini, Mohd Ali berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan PR.
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sudah lama menyahut cabaran Ketua Menteri  namun sehingga kini beliau tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.
Cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi beliau sering berdolak dalik dan memberikan alasan”.
“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan”.
“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama,rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya” jawab seorang penyokong PAS.
Menurutnya tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan. 
"Tidak sepatutnya seorang Ketua Menteri berkata demikian kerana cadangan seumpama seperti cadangan seorang budak" tegas beliau.

1 comments:

Anonymous said...

LAWAK GILA ALI KETAM NI. TADI AKU BARU BALIK DARI TEMPAT KEDAI TERBAKAR BANDAR HILIR, INGATKAN KENAPA RAMAI BERLARI MENUJU KE HUJUNG JALAN MENGHALA KE BANDAR HILIR, RUPANYA ALI KETAM SAMPAI, RAMAI BETU PUAK PENGAMPU. DUK MENYIBUK DEKAT ANGGOTA BOMBA NAK PADAM API. KENA SOUND DEKAT BROTHER BOMBA YANG PADAM TINGKAT ATAS. MYB DIA XPERASAN ALI KETAM ADA DALAM KELOMPOK TU.
TAPI SYABAS UNTUK ADUN DAP BANDAR HILIR. BELIAU SAMPAI LEBIH AWAL.
TAPI KESIAN KENA PANCUT AIR SEKALI NGAM AKU KENA SEMBUR AIR KAT BOMBA. ORANG LAEN KENA SEMBUR KAT FRU, KITA KENA SEMBUR DEKAT BOMBA. BENGANG GILA. NASIB BAIK ALI KETAM XSAMPAI LG MASA TU. KALAU X SEKALI NGAM ALI KETAM KENA SEMBUR. MENGAMUK MAU ALI KETAM.
SYABAS YB BADAR HILIR.

-JOE-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template