Monday, February 7, 2011

Copy and paste antara sebab Najib takut debat

Najib pasti akan kena taji cukup-cukup oleh Anwar jika ada perdebatan. Mereka para pencacai meludah buku jingga kerana ia boleh bankrapkan negara dan sekarang mereka jilat sedut balik ludah muntah mereka. Para pencacai bawahan ini syok mengutuk tapi dalam masa yang sama ketua pencacai negara menceduk, palagiat, copy and paste isi kandungan buku ke dalam pentadbiran mereka. Buku jingga mencadangkan tol dihapuskan terus dan dalam duk mengutuk buku jingga  pencacai negara mengumumkan kenaikkan tol ditangguhkan. Macam mana Najib nak berdebat. 


Najib tiru kandungan Buku Jingga – Azmin

KUALA LUMPUR: Walaupun pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) kerap membuat kenyataan menolak kandungan Buku Jingga, kerajaan pimpinan mereka sebaliknya mengguna pakai intipati Program 100 Hari Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.



“Kesan yang paling jelas apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri tiru daripada apa yang kita cadangkan.
“Dalam Buku Jingga, kita cadangkan untuk hapuskan tol, tiba-tiba kerajaan Umno BN tangguhkan kenaikan tol,” kata Azmin pada program ceramah penerangan yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Flat Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang malam ini.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Khasim Abdul Aziz dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dalam program itu, wakil penduduk Taman Dato Ahmad Razali, Osman Sharif, 64 menyerahkan 20 borang keahlian parti dan sebuah Ranting KEADILAN dalam Parlimen Ampang akan dirasmikan dalam tempoh terdekat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template