Saturday, February 26, 2011

Bahaya disebalik jeans jenis pudar

AJeans

Seluar jeans adalah hasil tangan dan idea puak yahudi. Kenapa bahan berbahaya menjadi pilihan puak yahudi untuk menghasilkan design jeans mereka? Seluar jeans dengan efek pudar sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Levi’s d syarikat besar yahudi dan H&M telah menghentikan pengeluaran seluar jeans jenis itu. Efek pudar itu adalah crystalline silica iaitu bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan efek pudar. Menurut Women’s Wear Daily, dari tahun 2005-2009, 40 pekerja garmen di Turki mati akibat penyakit paru-paru. 

Kerajaan Turki sejak itu telah mengeluarkan arahan mengenai penggunaan bahan kimia tersebut. Tahun lalu, Levi’s dan H&M sudah tidak mengeluarkan lagi jeans jenis tersebut dan kini kedua syarikat ini bekerjasama dengan International Textile Garment &Leather Workers’ Federation untuk menghentikan penggunaan teknik ini dalam seluruh industri fashion.

Debu dari semburan pasir (bahan crystalline silica) boleh memasuki paru-paru dan membentuk garisan luka dan mengakibatkan paru-paru tidak dapat menyerap oksigen dengan baik.

“Kami sudah menetapkan standard yang ketat untuk semburan pasir tetapi kami telah membuat keputusan cara terbaik untuk membantu memastikan tiada lagi pekerja dalam fabrik menghadapi risiko terdedah crystalline silica ini adalah dengan menghentikan pengeluaran jeans dengan efek pudar ini,” kata David Love, senior vice president dan chief supply chain officer di Levi Strauss &Co.

1 comments:

Yong on February 26, 2011 at 10:25 AM said...

Takpe bagi syarikat hentikan keluaran sebab mereka dah dapat juta2. Tapi bagaimana dengan nasib mangsa?

Ini masalah dasar pekerja (labour policy) yang buat kerja yang berkait dengan bahan toxic.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template