Sunday, February 20, 2011

Asmaa Malaysia takkan muncul kalau tak ada support

Nak harapkan muncul Asmaa Malaysia entah bila agaknya. Pemimpin PR perlu support sikit. Revolusi Mesir telah membuktikan bahawa pemimpin pembangkang bukan lah faktor kerajaan rejim Mubarak tumbang tetapi sebaliknya adalah seorang awek yang kecil molek Asmaa Mahfouz bangun melawan dari gerakan bawahan. Jangan diperkecilkan kemampuan golongan blogger pejuang bawahan. Jangan basahkan spark politik ini.

Asmaa Mahfouz spark pembebasan Mesir


edyesdotcom
Salam hormat,
Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.
Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.
Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional. baca lagi di edyesdotcom

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template